Nasi Ambeng merupakan salah satu makanan tradisional tempatan yang lazat dan masih popular dikalangan masyarakat melayu keturunan Jawa yang tinggal di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Nasi Ambeng bukan sahaja popular dikawasan tersebut malah ia masih menjadi makanan yang masih digemari oleh masyarakat jawa yang sebahagian besar tinggal di Pulau Jawa Indonesia dan orang tua-tua mengatakan bahawa makanan ini berasal dari Pulau Jawa.
Kebiasaanya makanan ini disediakan dalam majlis-majlis tertentu seperti kenduri arwah dan kenduri kesyukuran samada pada waktu malam atau tengahari.
Simbolik dari penyediaan nasi ambeng adalah untuk menjimatkan kos dan kerja pengendalian majlis-majlis tersebut. Disamping itu pengamal nasi ambeng percaya amalan ini boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga.
Nasi Ambeng terdiri daripada Nasi Putih, Sambal Goreng, Ikan Kering,Tempe, Kerisik, Serunding Kelapa, Mee atau Bihun goreng, ayam dan lain-lain juadah pembuka selera termasuk buah-buahan. Makanan ini akan dihidangkan dalam dulang atau talam yang dilapik dengan daun pisang. Kebiasaannya satu hidangan Nasi Ambeng adalah untuk 4 orang.
Sebaik sahaja tiba waktu untuk makan Nasi Ambeng, tetamu akan menjamah sedikit sahaja secara ala kadar. Kemudian makanan ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian dan dibungkus menggunakan daun pisang yang telah disediakan untuk dibawa pulang oleh tetamu. tetapi waktu sekarang kebanyakkannya menggunakan plastik untuk membungkus. Apabila sampai dirumah semua ahli keluarga akan bersama-sama menikmati makanan ini.
Tetamu yang dijemput untuk menghadiri kenduri kebiasaanya ketua keluarga sahaja. Oleh yang demikian dengan cara ini hidangan Nasi Ambeng yang dibawa pulang ke rumah boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga.Inilah amalan atau budaya yang masih lagi diamalkan hari ini oleh masyarakat berketurunan jawa.
Pada masa sekarang, untuk mendapatkan nasi ambeng tidak perlu lagi menunggu jiran buat kenduri, terdapat banyak gerai2 makan, restoran2 yang menyediakan hidangan nasi ambeng, walaubagaimana pun, cara penyediaanya tidak lah sama seperti di majlis kenduri, ada yang siap bungkus macam nasi lemak dan ada juga yang buat secara buffet.
Makanan tradisi ini, bukan sahaja dinikmati oleh masyarakat melayu khusunya keturunan jawa, malah bangsa cina, india juga meminati makanan ini.
No comments:
Post a Comment