Tandatangan Gabenor Duit Malaysia


Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)

Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)

Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)

Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)
Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman 
(September 1998 - April 2000)
TANDATANGAN NI, JANGAN SALAH ANGGAP YE, 
BUKAN TANDATANGAN PN. SERI AISHAH PUNYE, 
PEMAISURI AGONG SEBELUM NI.. 
 
Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)




Puteri Sulung Kami



NAMA                   : SOFEA HAZIQAH BINTI MOHD HAFIZ
TARIKH LAHIR       : 7 JANUARI 2012 
MASA LAHIR         : 8:15 MALAM

8:15 pm Sofea Haziqah dilahirkan



15 minit, selepas dilahirkan


jom balik rumah...

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)


2012/01/12

KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur SARA 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.
Permohonan untuk SARA 1Malaysia akan dibuka mulai 30 Januari dan layak untuk pemohon dengan pendapatan kasar antara RM500 hingga RM3,000 sebulan.

Skim berkenaan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Hamad Kama Piah memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa melalui SARA 1Malaysia, rakyat yang berkelayakan akan berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.
Melalui skim ini, insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS 1Malaysia dan pelabur hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama lima tahun.

SARA 1Malaysia ini akan dikendalikan oleh PNB.

Ia unik kerana SPV mendapat pinjaman dengan kadar yang kompetitif daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB, RHB Bank, Bank Simpanan Nasional.

Daripada RM500 juta itu, sebanyak RM100 juta akan diberikan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi kepada SPV untuk membayar kadar faedah kepada institusi kewangan yang terbabit.

Hamad Kama Piah berkata, manfaat SARA 1Malaysia ialah SPV mendapat "pulangan" daripada kerajaan dan dividen apabila melabur dalam AS 1Malaysia.

Katanya, faedah yang merangkumi skim ini membolehkan SPV mendapat pendapatan dan menjamin pulangan menarik kepada pelabur.

Malaysian Development Holdings Sdn Bhd akan dipengerusikan oleh Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Malaysia. - BERNAMA 


* MARILAH MENABUNG... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...