CUTI MINGGUAN JUMAAT SABTU... MEMBEBANKAN...


MUAR 23 Nov. - Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari depan, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda bertitah, hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.
"Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur.
"Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa.
"Oleh yang demikian setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Jan 2014," titah baginda.


© Utusan Melayu (M) Bhd


************************************************************************
************************************************************************

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apabila cuti mingguan ini sudah terlaksana lebih kurang 5 bualn, aku berpendapat ada satu institusi yang akan terjejas, institusi tersebut adalah institusi keluarga yang mana sekiranya suami isteri bekerja berlainan sektor.

Bagi seorang yang bekerja di sektor kerajaan, terpaksalah akur akan apa sahaja perubahan yang dibuat oleh kerajaan. Begitu juga bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, kebergantungan terhadap institusi perbankan dan korporat yang beribu pejabat di Ibu Negara dan ada juga yang di luar negara memaksa mereka beroperasi hari Sabtu dan Ahad.

Institusi keluarga yang selama ini terjaga rapi kini kurang terbela kesan daripada perlaksanaan cuti mingguan Jumaat Sabtu yang dibuat tetapi tidak mewajibkan sektor swasta mematuhinya.

Mari kita semua renungkan seketika... isteri cuti Sabtu Ahad, manakala aku cuti Jumaat Sabtu, waktu kami bersama keluarga hanya hari sabtu, itupun sekiranya sabtu aku tidak bekerja... dalam arus pendidikan sekarang, guru-guru sering terlibat dengan aktiviti dan kursus pada hari Sabtu. dalam situasi ini, masa kami dengan keluarga sangatlah terhad.

Sebelum ini kami dapat peruntukan cuti Sabtu Ahad untuk balik ke kampung, kini kami terpaksa ambil cuti atau melihat cuti umum yang berkapit dengan cuti mingguan untuk balik ke kampung. Kalau tidak balik ke kampung pun, aku dan isteri dapat mengemas rumah, berjalan-jalan dan melakukan aktiviti bersama keluarga. Kini saat-saat itu terkubur diganti dengan cuti mingguan yang tidak berkualiti untuk kami sekeluarga.

Apa yang dapat disimpulkan, cuti ini amat menyusahkan bagi kami yang bekerja dalam sektor yang berbeza dan menjejaskan masa-masa berkualiti dengan keluarga. Walaupun aku yakin cuti ini tidak akan diubah semula, namun... aku berharap pihak yang tertentu dapat memikirkan kesan jangka masa panjang terhadap majoriti keluarga yang sama nasibnya dengan aku. Selain daripada itu, adalah lebih cantik sekiranya cuti mingguan ini juga diwajibkan terhadap sektor swasta selaras dengan sektor kerajaan.

KAMI SAYANG JOHOR... LUASKAN KUASAMU...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...