le tour de Langkawi 2012

Bismillah...
Semasa nak hantar budak2 olahraga berlatih di stadium Batu Pahat, terserempak dengan pasukan le tour de langkawi yang baru nak mulakan kayuhan dari bandar Batu Pahat (depan Stadium Batu Pahat) ke bandar Muar.


kita orang pun ambil peluang ni berposing2 dengan pelumba2 basikal... walaupun tak berape kenal sangat.. 




akan bermula sebentar lagi...

go.. go..

tarian singa mewarnai dan memeriahkan 
permulaan perlumbaan.

disempurnakan oleh Dato' Puad Zarkashi

bersama Tuan DO Batu PahatDato' Razak




Aqiqah Sofea Haziqah

Bismillah..
Majlis aqiqah Sofea Haziqah dibuat pada 24  Februari 2012 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1433


alhamdulillah..
selamat disembelilh pada jam 10:30 pagi 

Majlis aqiqah ini dibuat semasa sambuatan maulidur rasul di SK Convent.


Pengagihan makanan untuk SK Convent & Maybank 

Bungkusan untuk saudara mara terdekat


Alhamdulillah, semunya berjalan lancar, mudah2an diberkati oleh Allah s.w.t


semoga sofea menjadi anak yang baik,
berguna pada agama, bangsa dan negara.. amin

Stadium Batu Pahat

bismillah..
tahun ni, masih lagi dapat tander buat line kat stadium untuk mssc penggaram, ahli2 pun dah bertambah, dah ada coach baru.. sifu masih kekal yang lama.. ;)

line yang pertama
siap 100m
engineer line padang sedang memerhati plan :)

plan

kereta baru "exora" terbaik..

Nasi Ambeng



Nasi Ambeng merupakan salah satu makanan tradisional tempatan yang lazat dan masih popular dikalangan masyarakat melayu keturunan Jawa yang tinggal di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Nasi Ambeng bukan sahaja popular dikawasan tersebut malah ia masih menjadi makanan yang masih digemari oleh masyarakat jawa yang sebahagian besar tinggal di Pulau Jawa Indonesia dan orang tua-tua mengatakan bahawa makanan ini berasal dari Pulau Jawa.

Kebiasaanya makanan ini disediakan dalam majlis-majlis tertentu seperti kenduri arwah dan kenduri kesyukuran samada pada waktu malam atau tengahari. 

Simbolik dari penyediaan nasi ambeng adalah untuk menjimatkan kos dan kerja pengendalian majlis-majlis tersebut. Disamping itu pengamal nasi ambeng percaya amalan ini boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga.

Nasi Ambeng terdiri daripada Nasi Putih, Sambal Goreng, Ikan Kering,Tempe, Kerisik, Serunding Kelapa, Mee atau Bihun goreng, ayam dan lain-lain juadah pembuka selera termasuk buah-buahan. Makanan ini akan dihidangkan dalam dulang atau talam yang dilapik dengan daun pisang. Kebiasaannya satu hidangan Nasi Ambeng adalah untuk 4 orang.



Sebaik sahaja tiba waktu untuk makan Nasi Ambeng, tetamu akan menjamah sedikit sahaja secara ala kadar. Kemudian makanan ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian dan dibungkus menggunakan daun pisang yang telah disediakan untuk dibawa pulang oleh tetamu. tetapi waktu sekarang kebanyakkannya menggunakan plastik untuk membungkus. Apabila sampai dirumah semua ahli keluarga akan bersama-sama menikmati makanan ini.



Tetamu yang dijemput untuk menghadiri kenduri kebiasaanya ketua keluarga sahaja. Oleh yang demikian dengan cara ini hidangan Nasi Ambeng yang dibawa pulang ke rumah boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga.Inilah amalan atau budaya yang masih lagi diamalkan hari ini oleh masyarakat berketurunan jawa. 

Pada masa sekarang, untuk mendapatkan nasi ambeng tidak perlu lagi menunggu jiran buat kenduri, terdapat banyak gerai2 makan, restoran2 yang menyediakan hidangan nasi ambeng, walaubagaimana pun, cara penyediaanya tidak lah sama seperti di majlis kenduri, ada yang siap bungkus macam nasi lemak dan ada juga yang buat secara buffet.


Makanan tradisi ini, bukan sahaja dinikmati oleh masyarakat melayu khusunya keturunan jawa, malah bangsa cina, india juga meminati makanan ini.

Atok Dan Nenek

Atok dan nenek nak balik Kota Tinggi, Mak dah abis masa berpantang... lepas nie kita bertiga je la kat umah nie... 

rindu la kat atok lepas ni...

rindu gak kat nenek...
lepas ni tak dapat mandi ngan nenek la..
mak akan take over, cayok mak...

terima kasih atok ngan nenek, jaga suhana dan sofea...

Dos ke-2 Vaksin Hepatitis B

14 Februari 2012, hari pertama Sofea gi klinik kesihatan untuk injection Hepatitis B, terima kasih mak long dan pak long bagi Sofea guna stroller nie..:) 


Sofea bersama kakak Izzatie..

__________________________________________________________


Apakah itu Hepatitis B?



Penyakit Hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV).

Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. 

Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.

Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?

1. Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:

a. Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah, hemodialisis.
b. berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigi
c. kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)
d. mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga

2. Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran
3. Hubungan seks.


Petua Pencegahan

Terdapat 2 jenis produk yang dapat mencegah jangkitan Hepatitis B: vaksin Hepatitis B yang dapat memberi keimunan aktif dan antibodi Hepatitis B dan HBIG (Hepatitis B Immunoglobulin) yang dapat memberi keimunan pasif sementara. HBIG hanya digunakan sebagai pencegahan selepas terdedah kepada kuman virus Hepatitis B.

Vaksin Hepatitis B diberi secara suntikan otot sebanyak 3 kali dalam beberapa bulan untuk memberi perlindungan sepenuhnya.
 



1. Suntikan pertama
2. selepas sebulan - suntikan kedua
3. selepas 6 bulan - suntikan ketiga


Kesan sampingan vaksin : kesakitan di sekitar tempat suntikan, sakit kepala, kelesuan dan demam

1. Imunisasi untuk penyakit Hepatitis B diberi selepas kelahiran.

2. Suntikan yang diberikan kepada bayi secara rutin merupakan strategi penghapusan primer untuk Hepatitis B. Bayi yang lahir dari seorang ibu yang menjadi pembawa virus Hepatitis B akan diberi antibodi Hepatitis B dan juga suntikan vaksin selepas dilahirkan.

3. Saringan untuk virus Hepatitis; pengesanan dan rawatan awal boleh memperbaiki kesan-kesan kesihatan dan dengan itu dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Semua penderma darah akan disaring secara rutinnya untuk penyakit Hepatitis B.

4. Jika anda tidak mendapat imunisasi Hepatitis B semasa dilahirkan, dapatkan ujian darah untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan hepatitis B. Antibodi Hepatitis B dan suntikan vaksin sepenuhnya selalunya didapati berkesan untuk merawat mereka yang terdedah kepada virus hepatitis B dan belum lagi imun.

a) Suntikan Hepatitis B sebelum pendedahan kepada golongan penduduk yang berisiko tinggi.
b) Amalkan hubungan seks yang selamat (menggunakan kondom, kenali pasangan anda).
c) Elakkan dari menyalahguna dadah dan berkongsi jarum.
d) Jangan berkongsi barangan persendirian (seperti berus gigi, bisau cukur, pengetip kuku, gunting dan pinggan-mangkuk).
e) Tolak penggunaan semula jarum atau peralatan lain yang telah dipakai (seperti apabila menjalani rawatan akupunktur, menindik telinga atau mencacah tatu).
f) Jika anda seorang pembawa kuman virus, tutup luka atau kudis dan buangkan barang-barang yang telah digunakan dengan berhati-hati. Ia mungkin mengandungi darah atau cecair badan lain.

Celebrate Belated Birthday



Sambut birthday ikut tarikh islam 13 Rabiul Awal 1433H, tarikh Masihi 9 Jan 2012..sambut dalam pantang.. ambik bau jer... :)


Dah masuk geng 3 series, Sofea Haziqah pun dah nak masuk 1 bulan


Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat.. nanti leh gi jalan2... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...