CUTI MINGGUAN JUMAAT SABTU... MEMBEBANKAN...


MUAR 23 Nov. - Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari depan, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda bertitah, hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.
"Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur.
"Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa.
"Oleh yang demikian setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Jan 2014," titah baginda.


© Utusan Melayu (M) Bhd


************************************************************************
************************************************************************

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apabila cuti mingguan ini sudah terlaksana lebih kurang 5 bualn, aku berpendapat ada satu institusi yang akan terjejas, institusi tersebut adalah institusi keluarga yang mana sekiranya suami isteri bekerja berlainan sektor.

Bagi seorang yang bekerja di sektor kerajaan, terpaksalah akur akan apa sahaja perubahan yang dibuat oleh kerajaan. Begitu juga bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, kebergantungan terhadap institusi perbankan dan korporat yang beribu pejabat di Ibu Negara dan ada juga yang di luar negara memaksa mereka beroperasi hari Sabtu dan Ahad.

Institusi keluarga yang selama ini terjaga rapi kini kurang terbela kesan daripada perlaksanaan cuti mingguan Jumaat Sabtu yang dibuat tetapi tidak mewajibkan sektor swasta mematuhinya.

Mari kita semua renungkan seketika... isteri cuti Sabtu Ahad, manakala aku cuti Jumaat Sabtu, waktu kami bersama keluarga hanya hari sabtu, itupun sekiranya sabtu aku tidak bekerja... dalam arus pendidikan sekarang, guru-guru sering terlibat dengan aktiviti dan kursus pada hari Sabtu. dalam situasi ini, masa kami dengan keluarga sangatlah terhad.

Sebelum ini kami dapat peruntukan cuti Sabtu Ahad untuk balik ke kampung, kini kami terpaksa ambil cuti atau melihat cuti umum yang berkapit dengan cuti mingguan untuk balik ke kampung. Kalau tidak balik ke kampung pun, aku dan isteri dapat mengemas rumah, berjalan-jalan dan melakukan aktiviti bersama keluarga. Kini saat-saat itu terkubur diganti dengan cuti mingguan yang tidak berkualiti untuk kami sekeluarga.

Apa yang dapat disimpulkan, cuti ini amat menyusahkan bagi kami yang bekerja dalam sektor yang berbeza dan menjejaskan masa-masa berkualiti dengan keluarga. Walaupun aku yakin cuti ini tidak akan diubah semula, namun... aku berharap pihak yang tertentu dapat memikirkan kesan jangka masa panjang terhadap majoriti keluarga yang sama nasibnya dengan aku. Selain daripada itu, adalah lebih cantik sekiranya cuti mingguan ini juga diwajibkan terhadap sektor swasta selaras dengan sektor kerajaan.

KAMI SAYANG JOHOR... LUASKAN KUASAMU...


PUTERA KAMI

Bismillah... dengan nama allah yang pemurah lagi maha mengasihani

9 bulan sudah Muhammad Haziq Sharif bersama kami... terasa begitu cepat masa berlalu dengan kerenah anak2 kami... kehadiran haziq menambah lagi suasana kegembiraan kami sekeluarga...


Alhamdulillah... tanggal 19 mei 2013, jam 8:10 malam, lahirlah anak kedua kami seberat 3.4 kg di Hospital KPJ Kluang. Walaupun ini pengalaman kedua bagi kami, namun perasaan gemuruh tetap ada pada kami berdua. terima kasih sayang isteriku Suhana Binti Salahuddin.

Sesungguhnya kami amat bersyukur kepada Allah taala atas nikmat yang diberi. Firman Allah : Maka Ingatlah aku nascaya aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat ku dan jgnlah sekali-kali kamu kufuri nikmatku. (surah al-baqarah :152)


Sofea sekarang sudah jadi kakak.. kakak yang baik dan penyayang.

assalamualaikum haziq...

sayang adik haziq


CUTI-CUTI MALAYSIA : PENANG/PULAU PINANG

Bismillah… Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Pada 20 Disember 2013 yang lepas, kami sekeluarga telah bercuti ke Pulau Pinang (Pulau Mutiara).


Percutian ini tidak dirancang dari awal, kebetulan isteri di arah berkursus ke penang, maka kami sekeluarga mengambil keputusan untuk pergi bersama. Kami pergi bertiga, Haziq, kami minta jasa baik mak untuk jagakan… 



Ini adalah kali pertama pergi bercuti bersama sofea, seronok sangat rasanya bila bercuti bersama anak… kami pergi ke penang menaiki kapal terbang, flight kami dari senai jam 8:20 pagi dan sampai ke lapangan terbang bayan lepas lebih kurang  jam 9:20 pagi. Dalam flight sofea tidur sahaja… zzzzz…. di buai awan..


Di Penang, kami tinggal di homestay teratak tinggi, sungai ara. Homestay yang kami duduk sangat selesa, cantik dan bersih, kami jamin, sesiapa yang tinggal di sini akan berpuas hati dengan keadaan dan layanan tuan rumah… di sana kami juga menyewa sebuah kereta bagi memudahkan perjalanan kami.





Kami memulakan perjalanan menuju ke Bukit Bendera, Alhamdulillah… perjalanan kami lancar, tidak ada kesesakkan lalu lintas… cuma berlaku kesesakkan sedikit di kawasan pekan. Kami bimbang juga kalau-kalau trafik tidak berjalan lancar... sebab kami tak lama di Penang dan kalau boleh ingin manfaatkan masa yang ada dengan sebaik yang mungkin. 

Masa kami beratur beli tiket dan tunggu naik train pun tidak menunggu begitu lama, walaupun pada ketika itu agak ramai juga pengunjung yang datang… Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan Bukit Bendera.



Pemandangan dan suasana dari atas bukit bendera memang cantik... udaranya segar dan nyaman. Di atas ni kami jalan2 dengan menaiki buggi , mengikut kata uncle yang bawak kami ni, di atas bukit bendera ni banyak rumah-rumah orang kaya, salah satu darinya adalah tokey kasino genting...


PETI SURAT PERTAMA DI MALAYSIA


Kami makan tengah hari di bukit bendera, menu laksa penang. Memang terbaik.. makanannya sedap dan harganya berpatutan… selepas tu kami singgah ke kedai cerderamata yang berdekatan untuk membeli barang buat kenang-kanangan...


Kami turun dari bukit bendera dalam jam 12:00 tengah hari dan kami meneruskan perjalanan Ke Rumah P. Ramlee.




       
Kami berehat sebentar di sini dan solat. Sofea tidur dalam kereta... zzzz... kepenatan berjalan di Bukit Bendera.
                                                                     
Seterusnya dalam jam 3:00 petang kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Di sana kami singgah di kedai makan tepi laut. kami makan pasembur dan char koay teow. Orang kata kalau dah jejak kaki di Penang mesti pekena makanan orang Penang, baru lengkap…     



Habis juga pesembur ni... Lepas makan kami meneruskan perjalanan... kami pergi ke jalan seni


Fakta tentang jalan seni : seni dinding unik ini memperlihatkan keadaan hidup seharian masyarakat penang di samping memaparkan unsur humor dan sejarah pulau ini untuk tatapan pejalan kaki.


Pelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan Georgetown kepada hasil seni ini ialah pelukis Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Loius Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens.



                            
Hampir sejam kami berjalan dan dapatlah bergambar dengan beberapa lukisan di sini... dalam jam 5:30 petang kami menuju pulang ke homestay.

Malam hari, kami menikmati Nasi Kandar … di Penang ni, ada macam-macam kedai nasi kandar, tapi yang dekat dengan homestay kami ni adalah Nasi Kandar Kayu... memang supebbb... sehingga menjilat jari.. menu nasi, ayam gorang, kuah campur... 


Kenangan bercuti di Penang tidak akan dapat dilupakan... sehingga ketemu lagi... ada rezki kita pi lagi...

Tilam Bio Velocity™ Sleep Mate

Serambi Emas: Promosi Bio Velocity™ Sleep Mate: Tilam BVSM yang penuh manfaat dan 1001 kegunaan. Sangat sesuai untuk dimiliki oleh setiap keluarga. Mari, cepat..!  PROMOSI ISTIMEWA DILANJUTKAN SEHINGGA 30 APRIL 2014

LAYARI :

http://suhanabintisalahuddin.blogspot.com/




Apa keistimewaannya?

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah

4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun

5. Meningkatkan tahap medan tenaga

6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

Bagaimana Penggunaannya?

·                     Cara Penjagaan
BV Sleep Mate boleh dicuci setahun sekali. Gunakan bahan pencuci kain yang berorganik untuk mencuci dengan tangan secara lembut dan keringkan di bawah matahari. Dicadangkan cuci di kawasan yang terkena kotoran sahaja.

·                     Cara Penggunaan
Bukakan dan letakkan BV Sleep Mate di atas tilam. Letakkan empat tali elastik ini di setiap sudut tilam.

HAPPY BIRTHDAY SOFEA HAZIQAH

Bismillah.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
syukur alhamdulillah.. hari ni genap 2 tahun umur sofea..




Majlis birthday sofea diadakan di Taska Iman, Taman Bukit Perdana, Batu Pahat.. Terima kasih kepada cikgu2 dan kawan2 sofea yang turut meraikan... :)



Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat... amin...



JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2014



selamat berbajet2.... :)

SELAMAT TAHUN BARU 2014




Bismillah... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014.. buat semua teman2 & pengunjung serambi masa...

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah s.w.t melangkah kita ke tahun baru 2104... Ape azam di tahun baru? Sinonim betul soalan ni ya... :) semoga tirai 2014 menjadi titik permulaan untuk meralisasikan segala yang azam yang diimpikan...



KENANGAN 2013

Bismillah.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Syukur kepada Allah s.w.t di atas nikmat yang dikurniakan sepanjang tahun ini, terasa kerdil diri ini bila difikirkan akan nikmat yang diberikan... syukur alhamdulillah...

sepintas lalu sepanjang tahun 2013

Awal Januari, kami telah mendapat kunci rumah baru di taman Evergreen Height, Batu Pahat.


kami sekeluarga pindah pada 23 Mac 2013, setelah kerja2 ubah suai rumah siap dijalankan, terima kasih buat sahabat mohd afif kasmuri kerana membantu semasa kami pindah. "jasamu dikenang"


sedikit gambar2 semasa ubah suai rumah...






kawasan rumah kami ini merupakan fasa yang baru siap, dalam masa terdekat ini masih banyak lagi rumah yang belum diduduki.. agak sunyi jugak la... yang membimbangkan kami adalah ada rumah yang kena pecah masuk oleh perompak.. apapun kami berdoa agar kami sekeluarga dilindungi disamping sentiasa menjaga keselamatan.... 

taman ni agak jauh sikit la dengan bandar penggaram... ada la dalam 8km. walau apa pun kami tetap bersyukur alhamdulillah.. kerana dapat gak beli rumah sendiri... 
_________________________________________________________________________________

 Pada 19 Mei 2013, anak kedua kami selamat dilahirkan. alhamdulillah... namanya Muhammad Haziq Sharif


Muhammad Haziq Sharif dilahirkan di KPJ Kluang, sama macam kakaknya sofea.. diletakkan nama Sharif sempena nama atoknya aka yayienye...

syukur alhamdulillah.. kami telah dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan....

_________________________________________________________________________________

seminggu sebelum lahirnya haziq ni, emaknya telah membeli kereta baru... syukur alhamdulillah.. "rezeki anak"


 JPJ 6779, tukar kereta vios ni sebab kerata lama dah selalu rosak, barang alat gantinya... aduhai mahal sungguh.. dalam kenangan proton savy JKA 6229




 ________________________________________________________________________________

hari raya puasa tahun 2013 disambut dengan riangnya... tahun lepas bertiga dan sekarang sudah berempat.. syukur alhamdulillah.. semoga bahagia hingga akhir hayat........ 


seperkara lagi yang meriah raya tahun ni adalah pertama kali berhari raya puasa di taman kota besar.. sebelum ni berhari raya di sungai kapal, pengerang... oleh kerana kampung sudah dijual oleh petronas untuk cari gali minyak, maka tiada lagi berhari raya di kampung... hanya tinggal kenangan... 


_________________________________________________________________________________ 

majlis aqiqah muhammad haziq sharif telah diadakan pada 2 November 2013,  syukur alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.


_________________________________________________________________________________ 

2013 semakin hampir melabuhkan tirainya... harap segala apa yang dilakukan pada tahun ini mendapat keredhaan Allah s.w.t dan diampunkan segala dosa2.. amiiin... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...