CUTI-CUTI MALAYSIA : PENANG/PULAU PINANG

Bismillah… Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Pada 20 Disember 2013 yang lepas, kami sekeluarga telah bercuti ke Pulau Pinang (Pulau Mutiara).


Percutian ini tidak dirancang dari awal, kebetulan isteri di arah berkursus ke penang, maka kami sekeluarga mengambil keputusan untuk pergi bersama. Kami pergi bertiga, Haziq, kami minta jasa baik mak untuk jagakan… 



Ini adalah kali pertama pergi bercuti bersama sofea, seronok sangat rasanya bila bercuti bersama anak… kami pergi ke penang menaiki kapal terbang, flight kami dari senai jam 8:20 pagi dan sampai ke lapangan terbang bayan lepas lebih kurang  jam 9:20 pagi. Dalam flight sofea tidur sahaja… zzzzz…. di buai awan..


Di Penang, kami tinggal di homestay teratak tinggi, sungai ara. Homestay yang kami duduk sangat selesa, cantik dan bersih, kami jamin, sesiapa yang tinggal di sini akan berpuas hati dengan keadaan dan layanan tuan rumah… di sana kami juga menyewa sebuah kereta bagi memudahkan perjalanan kami.





Kami memulakan perjalanan menuju ke Bukit Bendera, Alhamdulillah… perjalanan kami lancar, tidak ada kesesakkan lalu lintas… cuma berlaku kesesakkan sedikit di kawasan pekan. Kami bimbang juga kalau-kalau trafik tidak berjalan lancar... sebab kami tak lama di Penang dan kalau boleh ingin manfaatkan masa yang ada dengan sebaik yang mungkin. 

Masa kami beratur beli tiket dan tunggu naik train pun tidak menunggu begitu lama, walaupun pada ketika itu agak ramai juga pengunjung yang datang… Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan Bukit Bendera.



Pemandangan dan suasana dari atas bukit bendera memang cantik... udaranya segar dan nyaman. Di atas ni kami jalan2 dengan menaiki buggi , mengikut kata uncle yang bawak kami ni, di atas bukit bendera ni banyak rumah-rumah orang kaya, salah satu darinya adalah tokey kasino genting...


PETI SURAT PERTAMA DI MALAYSIA


Kami makan tengah hari di bukit bendera, menu laksa penang. Memang terbaik.. makanannya sedap dan harganya berpatutan… selepas tu kami singgah ke kedai cerderamata yang berdekatan untuk membeli barang buat kenang-kanangan...


Kami turun dari bukit bendera dalam jam 12:00 tengah hari dan kami meneruskan perjalanan Ke Rumah P. Ramlee.




       
Kami berehat sebentar di sini dan solat. Sofea tidur dalam kereta... zzzz... kepenatan berjalan di Bukit Bendera.
                                                                     
Seterusnya dalam jam 3:00 petang kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Di sana kami singgah di kedai makan tepi laut. kami makan pasembur dan char koay teow. Orang kata kalau dah jejak kaki di Penang mesti pekena makanan orang Penang, baru lengkap…     



Habis juga pesembur ni... Lepas makan kami meneruskan perjalanan... kami pergi ke jalan seni


Fakta tentang jalan seni : seni dinding unik ini memperlihatkan keadaan hidup seharian masyarakat penang di samping memaparkan unsur humor dan sejarah pulau ini untuk tatapan pejalan kaki.


Pelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan Georgetown kepada hasil seni ini ialah pelukis Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Loius Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens.



                            
Hampir sejam kami berjalan dan dapatlah bergambar dengan beberapa lukisan di sini... dalam jam 5:30 petang kami menuju pulang ke homestay.

Malam hari, kami menikmati Nasi Kandar … di Penang ni, ada macam-macam kedai nasi kandar, tapi yang dekat dengan homestay kami ni adalah Nasi Kandar Kayu... memang supebbb... sehingga menjilat jari.. menu nasi, ayam gorang, kuah campur... 


Kenangan bercuti di Penang tidak akan dapat dilupakan... sehingga ketemu lagi... ada rezki kita pi lagi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...